Nurflix.TV Tayang Karya Percuma Selama Tiga Bulan

Pelan B: UMNO dan PH Bentuk Kerjasama

CYBERJAYA: Kerajaan baharu di Perak berkemungkinan akan dibentuk hasil kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH), lapor Astro Awani. Laporan yang memetik sumber yang enggan...

Istana Beri Isyarat Mahu Gabungan PN Kekal – Sumber

IPOH - Sumber Istana Perak menegaskan Tuanku Sultan cenderung agar kerajaan Perikatan Nasional sedia ada di Perak kekal seperti sebelumnya dengan hanya melakukan pertukaran...

Peja Nasihatkan Ahli Bersatu Jangan Berdendam

CYBERJAYA: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar tidak membalas dendam berikutan kemelut politik...

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

KUALA LUMPUR: Sebagai usaha memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri, penstriman televisyen dalam talian, Nurflix.TV diperkenalkan bagi menawarkan kandungan digital baharu, segar dan selamat ditonton oleh semua golongan masyarakat berlandaskan adab serta akhlak Islam.

Diasaskan Syah Mohamed yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, platform berkenaan diwujudkan bukan bersaing dengan platform penstriman sedia ada seperti Netflix, Iflix dan Viu, berikutan kandungan disajikan berbeza dan berunsur Islamik.

“Jika dilihat pada masa ini, terlalu banyak kandungan digital semakin tidak terkawal, tiada tapisan, adab dan nilai budaya yang ideal.

“Dengan kandungan seperti itu, apa akan jadi pada generasi akan datang? Disebabkan itu, saya tampil dengan idea kandungan baharu, segar dan selamat untuk ditonton, terutama kanak-kanak.

“Alhamdulillah, idea yang diperoleh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu disambut baik, malah disokong oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media, The Nurflix Initiative di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor, di sini, semalam.

Bagi mencapai matlamat, platform yang dibangunkan oleh Sutera Hijau Ventures Berhad itu menggunakan khidmat kerjasama dua hala antara golongan ulama dan karyawan industri kreatif bagi menghasilkan kandungan yang menghiburkan mengikut landasan Islam.

Beberapa artis ternama tanah air turut dilantik untuk berkolaborasi dengan Nurflix.TV bagi menghasilkan kandungan berkenaan dengan dana permulaan sebanyak RM40 juta diberikan.

Antaranya, Eman Manan, Erra Fazira, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Adam Corrie, Mira Filzah, Wany Hasrita dan Diana Amir.

“Saya bersyukur artis undangan tidak mengambil masa yang panjang untuk memberikan jawapan, semuanya pantas mengatakan persetujuan apabila diajak bekerjasama.

“Mereka terbabit dalam 12 naskhah yang akan ditayangkan bermula Oktober ini. Sebenarnya, perlantikan mereka bertujuan untuk menarik penonton melayari Nurflix.TV.

“Sememangnya, pelanggan Nurflix.TV terdiri daripada individu yang mahukan kandungan beradab, tetapi apabila adanya nama besar, ia dapat menarik pengikut untuk melanggan. Daripada usaha menyokong selebriti kesayangan, pada masa sama, peminat menyokong sistem kami,” katanya yang mensasarkan satu juta tontonan hingga akhir Januari, tahun depan.

Ekoran itu, kata Syah, Nurflix.TV menitik berat kualiti produksi dan nilai kreativiti dalam kandungan yang akan dipaparkan di platform berkenaan.

“Biarpun, ia adalah kisah Islamik, apa yang penting adalah kualiti kerana dengan ia akan menarik perhatian pelanggan.

“Disebabkan itu, Nurflix.TV memiliki panel penasihat kandungan yang akan memastikan setiap kandungan ditawarkan menampilkan kelainan atau subjek yang cukup unik,” katanya kepada BH Online.

Dengan mengetengahkan kandungan selamat ditonton semua kelompok masyarakat, Nurflix.TV dijadualkan akan memulakan siaran secara percubaan sepanjang tempoh tiga bulan iaitu dari Oktober hingga Disember depan.

Dalam tempoh itu, Nurflix.TV akan memperkenalkan 12 tajuk membabitkan pelbagai kategori termasuk drama dan filem yang dibintangi barisan pelakon popular. Ia akan ditayangkan secara percuma menerusi episod pertama sebelum dilancarkan secara rasmi pada Januari, tahun depan.

Sementara itu, Syah yang juga anggota kumpulan The Brothers berkata, idea asal mewujudkan Nurflix.TV sebenarnya adalah untuk mewujudkan ekosistem yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dan penyedia kandungan.

“Bayangkan, jika ada sejuta pelanggan, daripada bayaran langganan boleh disediakan pelbagai kandungan dan pada masa sama, dapat mewujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan penggiat seni.

“Ekosistem dibentuk akan dapat membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif. Ia secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negara,” katanya.

Oleh itu, Nurflix.TV mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat baharu bagi merancakkan lagi platform berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Nurflix TV, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Ketua Kandungan Nurflix TV, Farihin Fattah, Habib Ali Zaenal Abidin dan ramai penggiat seni.

-Berita Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Amy Mastura jadi ‘Missy Jannah’

KUALA LUMPUR: Kali pertama melakonkan watak jururawat atau sering digelar 'Missy', bintang serba boleh, Amy Mastura beroleh pengalaman baharu dengan menyelami kehidupan anggota barisan...

LUMOS Auro, Projektor Serba Lengkap Dan Mampu Milik Buat Kaki Filem

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berlangsung, pastinya ada antara anda yang merindui kepada pawagam dalam menonton filem terbaru yang ditayangkan. Sekiranya...

Yuna seperti di ‘alam khayalan’

Kuala Lumpur: Penyanyi Yuna, 34, berbangga diberi peluang untuk mengadakan persembahan secara maya di Aquaria KLCC, di sini, dan menghiburkan penonton menerusi dalam talian, semalam. Yuna...