Undur Secara Terhormat Jika Enggan Buka Parlimen : PH Beritahu PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat atau berundur secara terhormat.

Dalam satu kenyataan media bersama tiga pimpinan utama PH iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jika Perdana Menteri tetap bertegas enggan menasihati Yang di-Pertuan Agong segera, beliau harus mengambil tindakan terhormat dengan mengundurkan diri.

“Majlis Presiden PH menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, semalam.

“Majlis Presiden turut menjunjung kasih di atas titah Tuanku bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

“Kami juga mengambil maklum kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen bersidang segera,” kata mereka.

Oleh itu menurut PH, adalah teramat jelas bahawa Perdana Menteri perlu menjunjung titah dan menasihati Tuanku untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin.

“Amatlah penting Parlimen dibuka semula sekarang agar semak imbang tata kelola dan perjalanan pentadbiran Putrajaya dapat dilakukan, Ordinan-Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara dapat dibahas, peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat dapat dibincang dan suara rintihan isi hati rakyat dapat didengar dengan jelas.

“Sekiranya Perdana Menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen, ia bukan sahaja bermaksud beliau telah mengetepikan pandangan Tuanku itu, malah ia memberi gambaran bahawa Perdana Menteri telah hilang keyakinan untuk terus mentadbir,” kata mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat