Permainan perang era moden

- Advertisement -

FRANCAIS permainan berjudul Battlefield atau ringkasnya ‘BF’ sering menjadi permainan yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat segmen sukan elektronik.

Ia kerana judul berkenaan sering membawakan mekanik permainan baharu di samping skala permainan yang mengumpulkan ramai pemain membabitkan semua elemen peperangan daripada infantri sehingga kepada penggunaan jentera perang.

Kali ini, pembangun permainan itu, Dice memperkenalkan siri baharu judul berkenaan iaitu Battlefield 2042 dan bakal menjadi judul baharu untuk sekuel permainan berkenaan.

Menerusi ‘teaser’ yang ditayangkan memperlihatkan Dice mempertingkatkan skala peta peperangan kepada lebih besar dan kali ini pendekatan yang diambil adalah peperangan era moden.

Sejak siri permainan itu dilancar pada 2002 menerusi judul Battlefield 1942, sekuel berkenaan terus mencipta kejayaan sehingga kali terakhir dilancarkan pada 2018 menerusi Battlefield V.

Latar masa yang digunakan untuk Battlefield V adalah Perang Dunia Kedua manakala untuk Battlefield 2042 ini, ia mengambil pendekatan peperangan moden pada masa kini.

Kredit untuk Dice apabila mereka masih mengekalkan peperangan ‘logik’ dan tidak untuk segelintir judul apabila mula memperkenalkan permainan fantasi.

Walaupun Dice masih tidak memperlihatkan secara terperinci mekanisme khusus untuk permainan itu, namun berdasarkan kepada video ‘teaser’ berkenaan judul itu masih mengekalkan realiti situasi perang semasa.

 

Battlefield 2042  masih mengekalkan peperangan ‘logik’ bukan fantasi bakal dilancarkan 21 Oktober depan
Battlefield 2042 masih mengekalkan peperangan ‘logik’ bukan fantasi bakal dilancarkan 21 Oktober depan

 

Pemain juga dilihat masih boleh membawa pelbagai jentera peperangan seperti kereta kebal, kapal terbang, memanggil artileri pengeboman dan bermacam lagi skala peperangan sebenar.

Berdasarkan garis masa yang diberikan oleh Dice dan penerbitnya iaitu Electronic Arts menjelaskan bahawa judul berkenaan akan dilancarkan 21 Oktober depan dan pemain boleh melakukan pratempahan bermula minggu lalu.

Battlefield 2042 bakal menjadi sekuel ke-17 judul berkenaan sejak 2002 dan ia antara permainan yang sememangnya dinantikan oleh semua peminat.

Penulis tidak terkecuali teruja melihat video ‘teaser’ permainan berkenaan dan sudah membuat pratempahan menerusi platform Steam dan pastinya Battlefield 2042 bakal menjadi permainan peperangan epik tahun ini.

Paling mengujakan adalah mod peperangan atas talian dengan pemain lain dikenali ‘Total War’ yang memuatkan 64 pemain untuk kedua-dua pihak sekali gus memberikan pengalaman paling maksimum untuk situasi peperangan moden.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat