JAKIM Minta SUHAKAM Perjelas Isu Jantina Ketiga

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta penjelasan daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan projek penyelidikan bagi mengiktiraf jantina ketiga di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, setakat hari ini pihak SUHAKAM belum memberi sebarang jawapan dan penjelasan berkenaan perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, JAKIM perlu mendapatkan jawapan sebagai mengambil tanggungjawab menangani sesuatu isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.

Jelas beliau, pihaknya tidak mahu data-data yang dikumpulkan disalah guna untuk memberi gambaran realiti sosial yang salah apabila kajian secara jelas adalah berat sebelah, iaitu ke arah memberi pengiktirafan kepada jantina ketiga.

“Setakat ini Suhakam belum memberi jawapan. Saya melihat, adalah lebih baik untuk Suhakam menggunakan peruntukan yang diberikan kerajaan bagi mengkaji isu yang lebih relevan dengan situasi pandemik yang mendesak, terutama berkaitan dengan isu-isu hak asasi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Ujarnya, SUHAKAM perlu menghormati Perlembagaan Persekutuan serta pegangan agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat di negara ini.

Dalam hantaran Facebook SUHAKAM kelmarin menyebut bahawa suruhanjaya itu sedang mencari penyelidik untuk melakukan kajian bertajuk “Feasibility Of Having Legislation On The Recognition Of A Third Gender In Malaysia”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat