Selangor junjung titah Agong buka DUN secepat mungkin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengadadakan perbincangan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bagi memulakan perancangan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong sesegera mungkin.

Kata beliau sepakat daripada perbincangan itu akan dibawa sembah menghadap kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk perkenan Baginda bagi tujuan melaksanakan persidangan Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.

“Saya percaya titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu agar Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri segera bersidang adalah selaras denagn aspirasi rakyat agar usaha menangani Covid-19 dapat dinilai dan dibahas penambahbaikannya di samping memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

“Titah itu melambangkan keprihatinan dan kepedulian Baginda-Baginda Tuanku terhadap nyawa dan kehidupan rakyat, ia amat dihargai dan dinanti-nantikan,” kata Amiruddin dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Beliau turut menyanjung tinggi pendirian Agong dan Raja-Raja Melayu dalam mempertahankan keluhuran sistem demokrasi berperlembangaan dalam negara ini agar proses semak dan imbang antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman dapat dilaksanakan secara berterusan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat