Musang King yang ‘lahir’ di Malaysia mahal sebab…

UMNO Tanding Logo BN, Kekal Keputusan Tidak Sertai PN Secara Rasmi

KUALA LUMPUR - UMNO akan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai...

Individu Main Air Banjir Akan Dikompaun RM1,000 – Polis

RANTAU PANJANG - Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada mana-mana individu yang bermain air dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang musim...

Tak Perlu Timbulkan Isu Siapa Menumpang atau Siapa Dominan, Kata Saifuddin

KUANTAN – Tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan UMNO dibentuk bagi menghadapi Pilihan...

1,309 Kes Baru Covid-19, KL Catat Jangkitan Tertinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR — Malaysia hari ini masih mencatatkan empat angka kes baharu Covid-19 iaitu 1,309 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 473...

Saintis China Dakwa Covid-19 Berasal Dari India

BEIJING - Saintis China mendakwa memiliki bukti kukuh pandemik Covid-19 bukannya bermula di negara itu, sebaliknya penyelidikan mereka menunjukkan ia berpunca dari negara lain,...

“LAHIR di Malaysia, dibesarkan di sini (Malaysia) tetapi harga ‘Yahudi’ (mahal)”.

Itu kritikan peminat atau penggemar durian jenis D197 atau lebih popular sebagai Musang King yang mempertikaikan harga buah tempatan itu yang terlalu mahal.

Difahamkan, harga buah berkenaan dijual di pasaran antara RM40 hingga RM80 satu kilogram (kg) bergantung kepada gred.

Menjawab tuduhan berkenaan, Md Mujahit Rahmat, 53, pengusaha Dusun Tok Bak di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru berkata, harga Musang King mahal disebabkan penjagaannya yang rumit dan namanya yang sudah komersial.

MD Mujahit memegang buah durian Musang King hasil tanamannya. (Gambar kanan) Siti Maisalmah bersama pokok durian Musang King ditanamnya. FOTO ihsan Md Mujahit dan Siti Maisalmah
MD Mujahit memegang buah durian Musang King hasil tanamannya. (Gambar kanan) Siti Maisalmah bersama pokok durian Musang King ditanamnya. FOTO ihsan Md Mujahit dan Siti Maisalmah

“Saya tahu kritikan berkenaan (harga mahal) namun tidak ambil pusing perkara itu. Penjagaannya terlalu rumit, tidak boleh terlebih atau kurang air. Ketika tanaman (pokok Musang King) masih kecil, ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

“Oleh kerana itu, pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting.

“Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan. Namun, cuaca kini tidak menentu dan sejak kebelakangan ini pula kerap hujan jadi penghasilan buah berkurangan seterusnya menyebabkannya dijual pada harga mahal,” katanya ketika dihubungi.

Perkara itu turut diakui Mohd Nor Hisham, 42, yang kini mengusahakan kebun buah-buahan di Pasir Mas, Kelantan.

MOHD Nor Hisham mengakui Musang King memerlukan penjagaan yang rumit. FOTO ihsan Mohd Nor Hisham
MOHD Nor Hisham mengakui Musang King memerlukan penjagaan yang rumit. FOTO ihsan Mohd Nor Hisham

Menurutnya, berbanding durian lain, Musang King lebih sukar ditanam kerana pekebun perlu memastikan baja digunakan bersesuaian dan pengairan cukup serta tidak berlebihan untuk kesuburan pokok.

Katanya, ia belum termasuk kos perlu dibelanjakan untuk membeli racun dan memagar kawasan tanaman bagi mengelaknya diserang haiwan seperti monyet atau babi hutan.

“Permintaan Musang King memang tinggi kerana namanya juga sudah popular dalam kalangan penggemar durian.

“Disebabkan itu, harganya sedikit mahal tetapi cara penjagaannya juga rumit kerana memerlukan perhatian berikutan sifat pokok berkenaan yang ‘manja’ dan memerlukan ‘kasih sayang’.

“Pokok itu memerlukan air yang banyak pada musim kemarau dan baja organik sesuai untuk kesuburannya. Ini kerana jika tidak subur, pokok itu lambat berbuah dan berkemungkinan mati,” katanya ketika.

Sementara itu, pemilik CTMAI Nursery iaitu nurseri buah-buahan, Siti Maisalmah Mohd Kamil, 39, berkata, penanaman pokok Musang King memerlukan belanja besar dan lebih sukar jika pekebun menanamnya dari kecil.

“Ikutkan daripada anak benih lagi penjagaannya sudah remeh dan disebabkan itu, harganya mahal kerana agak lama bagi mendapatkan hasil. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk tanaman membesar menjadi pokok penanti sebelum ‘dikahwinkan’ dengan jenis durian dimahukan.

“Penjagaan di nurseri agak mudah kerana pokok di dalam ‘polibag’ dan masih bersaiz kecil jadi hanya perlu diletakkan baja organik serta disiram setiap hari.

“Berbeza buat pekebun kerana cabaran dihadapi mereka bergantung kepada saiz kerana pokok setinggi 0.3 meter lebih sukar (dijaga) berbanding lebih besar dan tanaman itu perlu mengambil kira faktor tanah, air dan sukatan baja,” katanya.

HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Petang Ini Boleh Lihat Siapa Khianati Rakyat

KUALA LUMPUR - “Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” kata Tan Sri Annuar Musa. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyatakan semua...

Pemuda DAP Gesa Berpisah Dengan PKR Jika Anwar Enggan Minta Maaf

CYBERJAYA - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini membuat gesaan terbuka supaya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada rakan sekutu dalam...

Berita Berkaitan

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

SneakerLah merupakan acara sneakers-convention terbesar di Malaysia sejak ia dimulakan pada tahun 2015. Pada tahun lalu, SneakerLah telah menyaksikan kelahiran sepasang kasut edisi terhad pertamanya hasil...

Redmi Watch, Jam Pintar Dengan Skrin 1.43 Inci, 7 Mod Sukan Diumumkan

Xiaomi telah melancarkan jam pintar dibawah jenama Redmi iaitu Redmi Watch yang dilancarkan bersama siri smartphone Redmi Note 9. Jam pintar ini menawarkan skrin...

Samsung Galaxy A12 Dengan Skrin Infinity-V 6.5 inci, Kamera 48MP, Bateri 5000mAh

Samsung baru sahaja mengumumkan peranti mampu milik iaitu Samsung Galaxy A12 untuk siri smartphone Galaxy A. Telefon pintar ini mempunyai paparan HD+ Infinity-V 6.5...