Malaysia Sedia Hantar Tentera Bantu Misi Pengaman PBB Di Palestin – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menghantar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu misi pengaman di Palestin sekiranya ia diminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata keputusan untuk menghantar anggota ATM ke Palestin adalah berlandaskan keputusan PBB.

“Malaysia tidak boleh menghantar sewenang-wenangnya ATM ke sana (Palestin), jika kita ‘dijemput’ PBB barulah kita akan hantar.

“Ini kerana untuk menghantar anggota ATM ke Palestin ia melibatkan undang-undang antarabangsa bersama PBB,” katanya kepada pemberita selepas hadir taklimat kesiagaan perkhidmatan kesihatan ATM dalam membantu negara menghadapi wabak COVID-19 di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini.

Ismail Sabri berkata ATM sebelum ini banyak terlibat dengan misi-misi pengaman bersama PBB antaranya seperti di Lubnan, Sudan, Filipina dan Sierra Leone.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu sama ada Kementerian Pertahanan akan menghantar anggota ATM ke Palestin bagi misi pengaman.

Pada 15 Mei lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya mengenai isu Palestin, menyatakan Malaysia berasa dukacita serta kesal dengan ketidakmampuan Majlis Keselamatan PBB menghentikan serta-merta kekejaman Israel ke atas Palestin iaitu satu jenayah perang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949.

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim zionis Israel ke atas rakyat Palestin kali ini bermula dengan serangan di Masjid al-Aqsa sejak 7 Mei lepas diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, yang mana hingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain. – Bernama

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

Menteri dan Timbalan Menteri BN Ikrar Terus Sokong Muhyiddin Hingga PRU

  PUTRAJAYA - Menteri dan Timbalan Menteri dari Barisan Nasional (BN) berikrar akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri disebalik notis...

BBC, Majlis Pembangkang Selangor Sokong Persidangan Dun Diadakan Segera

KUALA LUMPUR: Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyokong titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Maut Ketika Tukar Tayar Jentera Berat

IPOH: Seorang pekerja pusat servis tayar maut selepas sekeping besi gandar terpelanting lalu terkena mukanya ketika menukar tayar jentera berat di Kawasan Perusahaan Menglembu...