OIC! Berapa Ramai Rakyat Palestin Perlu Terbunuh? Soal Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien mempersoal peranan anggota-anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang tidak melakukan apa-apa tindakan bagi menghalang lebih ramai umat Islam Palestin terbunuh akibat kezaliman dan keangkuhan rejim Zionis.

Soal beliau, berapa ramai lagi rakyat Palestin perlu terbunuh sebelum umat Islam boleh bersatu dan mengambil langkah konkrit demi mengakhiri kekejaman ini?

Hishammuddin berkata demikian pada Mesyuarat Tergempar Terbuka Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri Luar melalui sidang maya.

“Soalan saya bagi pihak rakyat  Malaysia kepada semua anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC) tadi ringkas sahaja – “Berapa ramai lagi rakyat Palestin perlu terbunuh sebelum Umat Islam boleh bersatu dan mengambil langkah konkrit demi mengakhiri kekejaman ini?

“Saya berkongsi harapan dengan pihak yang menyokong padu perjuangan Palestin agar OIC tidak akan mengabaikan tindakan penjajahan Israel yang semakin berleluasa.” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat