Malaysia Gesa Israel Hentikan Serangan Dan Permusuhan Terhadap Palestin – Hishammudin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Malaysia menggesa negara Israel menghentikan serangan dan permusuhan terhadap Palestin yang sudah berlangsung beberapa dekad.

Menteri Luar, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata, masyarakat antarabangsa tidak boleh untuk mendiamkan diri dan mengabaikan hak rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionis.

“Antara ketegasan yang Malaysia suarakan di hadapan semua wakil Negara Anggota Organisation of Islamic Cooperation (OIC) dalam Mesyuarat Tergempar petang tadi ialah di saat kami semua di Malaysia secara tegas dan terbuka menggesa agar Israel menghentikan serangan dan permusuhan terhadap Palestin, masyarakat antarabangsa tidak boleh memilih untuk terus mengabaikan dan berdiam diri.” kata Hishammuddin pada Mesyuarat Tergempar Terbuka Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri Luar melalui sidang maya.

Beliau juga mempersoal masyarakat antarabangsa yang bercakap mengenai hak Israel tetapi mengendahkan hak Palestin untuk mempertahankan diri.

“Adalah satu penghinaan apabila sesetengah negara bercakap mengenai hak Israel untuk mempertahankan diri tetapi tiada satu pun perkataan keluar mengenai hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri ketika mereka terus disembelih dan merekalah yang telah dijajah lebih 50 tahun! tegasnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat