DAP berisiko senasib MCA dan Gerakan, Dinasti keluarga pun pupus

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP yang kini berperanan sebagai parti pemerintah diingatkan supaya menjaga prestasi agar tidak malap seperti nasib MCA dan Gerakan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Puad Zarkashi berkata, apabila menjadi parti kerajaan kelemahan mereka juga semakin mudah dikesan.

“DAP sekarang adalah parti kerajaan. Rakyat mula nampak kebolehan atau prestasi mereka.

“Kelemahan mereka juga semakin mudah dikesan. Cakap serupa bikin atau tidak?

“Sebab itu DAP boleh senasib dengan MCA. Ia juga akan merudum. Ini telah berlaku pada Gerakan. Rakyat mula nampak wajah sebenar parti itu sejak ia berkuasa di Pulau Pinang. Gerakan kini hidup segan mati tak mahu,” kata Speaker Dun Johor itu.

Menurut Puad lagi, kelemahan DAP bukan sahaja dinilai oleh rakyat tetapi oleh ahli partinya.

“Ini jelas dalam pemilihan CEC DAP semalam. Ranking kedua pihak yang berseteru merosot. Anthony Loke dan Lim Guan Eng sama sama merosot. Teresa Kok kalah terus

“Itu cabaran jadi parti pemerintah. Ahli parti sendiri akan nampak hipokrasi pemimpinnya.

“Sebab itu sebelum jadi kerajaan jangan cakap besar. Dinasti keluarga juga akan pupus,” kata Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat