UMNO belum bincang perincian PRU-15 -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan UMNO masih belum menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) malah ia juga belum dibincangkan di peringkat parti.

Naib Presiden UMNO itu berkata, UMNO masih belum memperincikan usul PRU-15.

“Saya dah kata, mula-mula kita bincang dalam parti dulu.

“Parti pun tak bincang lagi, tunggu. Bincang dalam partilah, kita ada mesyuarat parti selepas itu barulah kita ada perbincangan dan sebagainya.

“Kita tunggu dulu. Hari ini tak ada siapa bercakap pun,” kata Perdana Menteri ketika ditemui media di majlis Hi-Tea dan ramah mesra Kelab Naib Ketua Bahagian UMNO 2022 di WTC pada Khamis.

Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk PRU-15, Ismail Sabri menegaskan semua perincian ini wajar dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong.

“… ini semua perlu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong. Kita tetap tarikh kita sendiri, nanti Agong kata kita ambil alih kuasa baginda.

“Jadi jangan kita ambil alih kuasa Yang di-Pertuan Agong… kita tunggu kerana apa-apa pun kita akan bincang.

Sementara itu Perdana Menteri juga memaklumkan parti UMNO sendiri belum mengusulkan berhubung PRU-15 kepada beliau.

“Belum, belum lagi (usul). Hari ini saya tak tahulah. Hari ini perbahasan sayap-sayap, saya tak tahulah.

“Tak ada lagi cadangan kepada saya tapi
malam ni kita ada mesyuarat khas MT. Segala usul sayap akan dibincangkan, kita tengoklah,” ulas Perdana Menteri lagi.

Hal demikian, Ismail Sabri mengingatkan akar umbi dan pimpinan UMNO untuk tidak melangkui kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam gesaan pelaksanaan PRU-15.

Untuk rekod, gesaan agar supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang PRU-15 diadakan sudah banyak kali disuarakan dalam UMNO sebelum ini, dan ia turut ditekankan dalam PAU kali ini.

Antaranya dalam ucapan perasmian persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan yang berasakan kini merupakan masa tempat untukmengadakan PRU-15 memandangkan pembangkang sedang berkecamuk.

Ia disokong oleh Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi dan Ketua Puteri Zahida Zarik Khan dalam ucapan dasar mereka hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat