Jika Takut Politik Pun, Sekurang-kurangnya Benarkan PSC Berfungsi – Kelvin Yii

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii mencadangkan kerajaan membenarkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk terus berfungsi sebagai alternatif kepada penangguhan sidang Parlimen.

Jelasnya, PSC membolehkan wakil rakyat terlibat membincangkan pelbagai isu rakyat selain mendapatkan data-data terkini yang diperlukan.

“Saya sangat kecewa apabila kami tidak dibenarkan berfungsi susulan Ordinan Darurat.

“Bagi saya, jika kerajaan yakin dengan pengurusan COVID-19, maka mereka perlu mengeluarkan data dan berdepan dengan soalan Ahli Parlimen atau dalam PSC.

“Jika mereka takut dengan politik pun, sekurang-kurangnya benarkan PSC untuk berfungsi kerana kami juga mahu berikan pandangan kami.

“Kami mahu tahu data berkenaan. Data yang dikeluarkan terlalu makro dan am,” katanya semasa menjadi tetamu di ‘Right to Information (RTI) Legislation in Sarawak roadshow’ melalui Zoom pada malam Selasa.

Menurut Kelvin, beliau menghadapi kesukaran apabila kerajaan dikatakan hanya memberikan data-data secara makro atau am mengenai isu-isu termasuk COVID-19 di Sarawak.

“Sebagai contoh, mereka (kerajaan) tidak memberikan maklumat yang mendalam mengenai data COVID-19 di Sarawak. Kami mahu tahu maklumat terperinci seperti di kawasan wabak, jadi kami boleh buat keputusan yang berkesan.

“Sekali lagi ia memerlukan data daripada kerajaan, malah bagaimana mereka membuat keputusan mengenai pembukaan semula sekolah, perniagaan.

“Semua ini perlu dilakukan dengan data sains dan bukan dengan kenyataan secara am sahaja,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau memahami sesetengah data yang tidak dapat dikongsi mungkin disebabkan faktor keselamatan negara.

Namun, tegas beliau, bagi isu-isu atau data yang sensitif kerajaan mungkin boleh membincangkan dengan pihak PSC terlebih dahulu.

“Mungkin untuk maklumat yang sensitif, kerajaan mungkin boleh dedahkan kepada PSC dulu.

“Kita boleh wujudkan satu perjanjian mengatakan sekurang-kurangnya kita boleh putuskan sama ada maklumat ini boleh didedahkan kepada umum atau tidak,”tambahnya.

– Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...