Program Imunisasi Percuma Dijangka Rancakkan Industri Pelancongan

SHAH ALAM: Usaha kerajaan membenarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilakukan secara percuma dijangka menghidupkan kembali ekonomi industri pelancongan negara yang telah lama terhenti akibat penularan pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pengumuman berkenaan membantu mempercepatkan pembukaan semula pintu sempadan negara bagi kemasukan pelancongan ke Malaysia.

Menurutnya, industri umrah dan haji yang turut terkesan akibat pandemik dapat bernafas kembali sekiranya sempadan negara dibuka

“Papuh juga berharap agar kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dapat mempertimbangan pembukaan semula pintu sempadan dalam masa terdekat supaya jemaah umrah Malaysia dapat mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Kami yakin rata-rata rakyat Malaysia amat merindui untuk mengerjakan ibadah umrah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, individu yang mendapat janji temu untuk suntikan vaksin COVID-19 di hospital atau klinik swasta tidak perlu membayar sebarang caj.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, caj berkenaan sebaliknya akan dibayar oleh kerajaan – Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Celcom-Digi mesti untungkan semua- Tok Mat

KUALA LUMPUR Celcom Digi Bhd (Celcom Digi), entiti yang terbentuk menerusi penggabungan operasi telekomunikasi Axiata Group Bhd dan Telenor ASA di Malaysia bakal menjadi...

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut pagi ini, selepas aktiviti belian saham pada harga rendah dalam pasaran tempatan. Pada...

Zeti Akan Letak Jawatan Pengerusi SDPB

PETALING JAYA: Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz akan melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Sime Darby Property Berhad (SDPB) dalam mesyuarat agung tahunan syarikat itu...