Saya tak ambil hati – Julia Farhana

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dikecam selepas mengaku memelihara seekor anjing diberi nama Julio, pelakon, Julia Farhana Marin, 28, enggan melatah, sebaliknya menerima setiap kritikan dengan hati terbuka.

Biarpun ada segelintir netizen menyentuh soal peribadi termasuk membabitkan pegangan dan ajaran agama, Julia menerima semuanya secara positif.

“Sejujurnya, saya terima semua teguran. Banyak lagi perkara saya perlu pelajari. Banyak yang saya belajar daripada masyarakat.

“Mereka suka tegur dengan cara baik. Saya lebih suka fokus kepada sisi positif dalam setiap situasi.

Julia masih membuat kajian mengenai penjagaan anjing termasuk mendapatkan pandangan golongan arif mengenai hukum memelihara haiwan berkenaan. Foto IG Julia Farhana Marin
Julia masih membuat kajian mengenai penjagaan anjing termasuk mendapatkan pandangan golongan arif mengenai hukum memelihara haiwan berkenaan. Foto IG Julia Farhana Marin

 

“Seperti apa yang berlaku, sentiasa ada sesuatu untuk dipelajari dan saya tidak ambil hati,” katanya kepada BH Online.

Julia berkata, biarpun menyedari banyak perbezaan daripada segi budaya, pemahaman agama dan penerimaan ramai terhadap apa yang dilakukan, dia perlu belajar menyesuaikan diri.

“Saya memilih untuk cuba memahami dan menghormati masyarakat kita. Saya tinggal di Malaysia, jadi saya kena sesuaikan diri,” katanya.

Tambah pelakon Love In Lockdown ini, sebagai selebriti, sangat penting bagi dirinya jujur dan tidak hipokrit.

“Saya belajar untuk memahami masyarakat. Saya masih lagi belajar, setiap hari. Saya belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri tanpa kehilangan diri dalam proses itu,” katanya.

Baru-baru ini, Julia yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, dikritik berhubung tindakannya memelihara seekor anjing.

Julia berkata, dia masih membuat kajian mengenai penjagaan anjing dan bertanya golongan arif mengenai hukum memelihara haiwan berkenaan.

“Apa yang tular membuatkan saya lebih matang. Alhamdulillah, saya tidak cepat melatah tetapi lebih kepada cuba memahami keadaan, persepsi dan pemahaman netizen.

“Di sebalik semua ini, saya sangat hargai usaha orang ramai untuk mengajar saya berbanding mengecam atas tindakan menyelamatkan Julio dan memberi peluang kepadanya untuk disayangi.

“Ini juga yang saya lakukan kepada tujuh kucing saya,” katanya.

Berita Harian
Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat