Rezeki aantu band

- Advertisement -

KEJAYAAN Adzrin Adzhar & The Uncle atau nama ringkasnya AANTU Band muncul juara program Suara Viral 2.0 terbitan Astro pada 19 Januari lalu membuka mata syarikat rakaman DCLEF Entertainment untuk melamar mereka.

Selepas beberapa sesi perbincangan, kedua-dua pihak kini menandatangani perjanjian kerjasama untuk kepentingan kerjaya masing-masing dalam bidang seni.

Pengarah Urusannya, Fazo berkata, DCLEF Entertainment yang juga ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) akan membantu AANTU Band dalam bentuk pengurusan, rakaman dan pemasaran lagu-lagu yang sudah ada dan akan dirakamkan mereka.

“AANTU Band pula akan bekerjasama dengan kami dalam proses rakaman lagu, muzik video, persembahan pentas dan juga beberapa program yang sudah disusun oleh DCLEF Entertainment sepanjang tahun ini.

“DCLEF Entertainment dimiliki sepenuhnya oleh saya, manakala AANTU Band pula adalah band indie yang ditubuhkan pada 2014.

 

SINGLE baharuberjudul Gila Korea
SINGLE baharuberjudul Gila Korea

 

“Mereka berjinak-jinak turun padang dan membuat ‘busking’ di sekitar

Kuala Lumpur. AANTU Band meraih beberapa kemenangan antaranya pertandingan ‘buskers’ di Ipoh mengalahkan lebih 30 peserta,” katanya.

Fazo yang juga komposer dan penulis lirik berkata, penyanyi AANTU Band iaitu Adzrin Adzhar bukanlah nama baharu dalam industri muzik tanah air.

“Dia adalah penyanyi asal lagu Pujaan Malaya yang diterbitkan pada 2010 di mana saya adalah penciptanya. Lagu ini pernah mendapat sambutan yang agak baik dalam industri muzik tempatan suatu ketika dulu.

 

AANTU Band menjuarai Suara Viral 2.0.
AANTU Band menjuarai Suara Viral 2.0.

 

“Dengan perjanjian kerjasama ini, kami juga sudah menerbitkan single pertama AANTU Band berjudul Gila Korea yang dikeluarkan pada 2 Februari lalu,” katanya.

Menurutnya, lagu berunsurkan kombinasi pop, alternatif, disko dan rock ini ditulis sepenuhnya oleh Adzrin Adzhar.

“Saya percaya lagu ini boleh diterima peminat kerana mereka sebuah kumpulan yang unik, kreatif dan ‘versatile’.

“Lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri daripada segi kekuatan vokal Adzrin Adzhar dan susunan muzik yang kreatif lagi bertenaga oleh AANTU Band,” katanya.

Muzik video lagu Gila Korea boleh ditonton menerusi YouTube DCLEF Entertainment.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat