Dos Penggalak Berjaya Kurangkan Gejala Serius Covid – Khairy

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dos penggalak bukanlah jaminan untuk tidak dijangkiti Covid-19 tetapi berdasarkan kepada data semalam menunjukkan bahawa dos penggalak membantu mencegah gejala yang serius daripada penyakit Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Jelas menunjukkan bahawa majoriti 77.5 peratus daripada kes kategori 3, 4 dan 5 kes yang paling serius pada 16 Februari (semalam) adalah mereka yang tiada dos penggalak atau pun langsung tiada vaksin.

“Kita akan kemas kini data ini dari semasa ke semasa untuk hari-hari lain untuk kita terus memberi bukti bahawa dos penggalak adalah sangat diperlukan dan sangat penting untuk kita mengurangkan gejala yang serius daripada penyakit Covid-19,” katanya, dipetik dari laporan HMetro.

Beliau berkata bagi memudahkan orang ramai mendapatkan dos penggalak, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah walk-in bagi semua kategori usia untuk mendapatkan dos penggalak.

Menurutnya lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi tumpuan supaya pemberian dos penggalak sehingga ke tahap dirasakan perlu iaitu 70 peratus daripada penduduk dewasa sudah menerima dos penggalak.

“Sekarang ini bukan masalah kapasiti. Bukan masalah bekalan. Tetapi masalah nak cari orang yang datang untuk mendapat dos penggalak mereka.

“Sekarang ini belum sampai lagi 60 peratus,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya lagi, jika dilihat kedudukan Malaysia dalam pemberian dos penggalak berbanding dengan negara lain, negara ini sebenarnya di paras yang agak baik di mana dari segi dos penggalak per 100 penduduk, Malaysia berada di kedudukan yang lebih baik berbanding dengan Australia, Thailand, Jepun dan Indonesia.

“Tetapi kalau kita bandingkan dengan negara seperti Singapura, Korea Selatan, United Kingdom (UK), kita masih agak terkebelakang.

“Jadi untuk kita sampai ke tahap yang KKM rasa selesa, kita mesti melipat gandakan usaha untuk minta orang ramai yang belum lagi mendapat dos penggalak mereka untuk tampil supaya dapat diberikan dos penggalak,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat