Kerajaan perlu berani ‘sitdown’ dengan pelabur, pemain industri – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Beberapa langkah segera perlu diambil untuk memperbaiki keadaan penguncupan ekonomi akibat pandemik Covid-19,” gesa Presiden UMNO,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas beliau, kerajaan perlu ada ‘political will’ yang kuat untuk ini.

“Antaranya kerajaan perlu berani dan bersedia untuk ‘sitdown’ dengan pelabur dan pemain industri.

“Kestabilan politik perlu dikembalikan segera selepas ancaman Covid-19 dapat ditangani,” katanya di Telegram.

Zahid dalam pada itu turut berkata, proklamasi
darurat dikhuatiri menyebabkan pelabur kurang yakin dengan kemungkinan dasar ‘nationalizing’.

“Menawarkan insentif pengurangan cukai yang lebih menarik kepada perusahaan asing yang mahu beroperasi di negara ini.

“Memantapkan sektor domestik seperti pembuatan, perkhidmatan, teknologi maklumat dan lain-lain.

“Kitaran ekonomi domestik yang sihat mampu menarik minat pelabur langsung asing,” cadang beliau.

Bagaimanapun, ujar Zahid dan paling penting kebajikan rakyat perlu diutamakan bagi memperlihatkan Malaysia destinasi yang selamat kepada pelabur.

Beliau menzahirkan kebimbangan berkenaan susulan pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia jatuh 68% ke USD2.5 bilion pada 2020.

Situasi ini katanya memaparkan Malaysia tewas kepada negara-negara jiran.

Menurut Zahid, FDI Singapura cuma jatuh 37 peratus kepada USD58 bilion, Indonesia 24 peratus ke USD18 bilion dan Vietnam 10 peratus ke USD14 bilion.

“Ini bukan saya kata. Ini laporan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).

“Malaysia yang suatu ketika dulu antara ekonomi paling pesat di rantau ini kini ketinggalan berbanding negara jiran dalam perang ekonomi melawan Covid-19.

“Malah jika dilihat pada graf sumber dari Bank Du

nia dan unjuran MIER, penurunan yang agak ketara pada ekonomi Malaysia sebanyak 2.9% pada tahun 2019-2020,” beritahu beliau.

Katanya, benar Covid-19 menguncupkan ekonomi global, tetapi kestabilan politik tunjang utama dalam menarik minat pelabur langsung asing bertapak di negara ini.

“Segan juga terbaca kenyataan Ketua Eksekutif Eurocham yang menyebut Malaysia memerlukan lebih dari beberapa kata-kata yang bagus dan ‘window dressing’,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat