Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan ikhtiar lonjak ekonomi negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang sedang berlangsung di Cyberjaya ketika ini antara lain bertujuan untuk mencari ikhtiar baharu yang boleh melonjakkan kekuatan ekonomi dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Program Pemukiman anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan berkata, program dua hari itu juga mahu meneliti jalan dan kaedah terbaik ingin dilakukan Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuhkan sejajar usaha menjadi sebuah negara maju.

“Ia maknanya lebih mahu lihat ke depan tentang program dan pelaksanaan tentang isu dan dasar untuk maju ke depan.

“Bagaimana langkah-langkah lebih spesifik, kita ada perkasaannya dari segi Pelan Peralihan Tenaga, transformasi digital dan pelaburan.

“Tapi kita mahu cari ikhtiar baharu yang boleh melonjakkan kekuatan ekonomi dan negara secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung usaha menoktahkan kemiskinan tegar membabitkan beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

“(Itu) Untuk tahun 2023. Tapi tidak bermakna selesai untuk tahun ini.

“Tetapi saya masih dapat laporan terkini kalau ada sedikit tercicir di mana-mana negeri,” katanya.

Menoktahkan kemiskinan tegar adalah antara usaha kerajaan apabila isu dihadapi dalam negara ini dapat ditangani dengan penglibatan semua kementerian dan agensi kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat