Pahang cadang beri subsidi kepada B40 susulan kenaikan tarif air

- Advertisement -

KUANTAN – Kerajaan Pahang berkemungkinan memberi subsidi air kepada golongan B40 susulan persetujuan diberikan bagi menaikkan tarif air negeri ini bermula 1 Februari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara terbabit akan dikaji dan akan dibincangkan bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan kementerian terlibat.

“Penyelarasan tarif air ini semua negeri terlibat. Pahang sudah 40 tahun kita tidak naik tarif air. Sebelum ini 37 sen untuk 18 meter padu dan sekarang akan naik 78 sen 20 meter padu.

“Insya-Allah kita akan melihat kenaikan tarif ini di mana kemungkinan kita akan memberi sedikit subsidi ataupun bantuan kepada kumpulan B40 dan terlibat. Sekarang perkara ini masih dikaji dan dipanduselia.

“Perkara ini baru diumumkan hari ini dan ia (subsidi) akan diperhalusi. Saya belum dapat apa-apa maklum balas, belum bincang dengan PAIP dan pihak Kementerian. Jadi bagi masa sikitlah,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pahang Skills, E&P O&M Services Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Petronas di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat