Yayasan kru perkasa usahawan

- Advertisement -

SEIRING dengan matlamat memperkukuh bidang pendidikan negara, Yayasan KRU kini menjalinkan kerjasama bersama

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program ‘Kita Jaga Kita’ yang mula diperkenalkan pada 1 Jun tahun lalu.

Ia bertujuan menyediakan latihan dikenali ‘Social E-Commerce’

bagi memperkasakan ilmu keusahawanan digital untuk membantu golongan belia dari keluarga B40 menambah pendapatan bagi menyara kehidupan.

Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim berkata, matlamat Yayasan KRU adalah untuk melahirkan 100 orang usahawan dalam kalangan mahasiswa khususnya dari keluarga kumpulan B40 di Malaysia sepanjang tahun ini.

“Justeru, pihak yayasan kami amat berterima kasih kepada PTPTN kerana membantu kumpulan pertama seramai 20 orang belia tempatan yang menyertai program ini sekali gus melayakkan mereka mendapat pensijilan profesional bertaraf antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, penyampaian sijil kepada pelatih-pelatih terbabit dilakukan oleh Norman serta dihadiri juga Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Sijil tamat latihan dan akreditasi dari badan profesi

onal, ‘Adobe Certified Professional – Premiere Pro’ itu sela

mat diserahkan kepada 20 pelatih yang sudah tamat menyertai program ini.

Latihan dijalankan selama sebulan secara hibrid dan merangkumi modul berkaitan keusahawanan digital, termasuk penerbitan kandungan kreatif.

Bagaimanapun, Norman mengharapkan agar program ‘Kita Jaga Kita’ ini dapat memberi impak berterusan kepada pelatih dalam mengembangkan perniagaan yang mereka akan atau sudah diusahakan dari segi penghasilan karya kreatif, penguasaan kemahiran teknikal, penjenamaan produk dan penjenamaan peribadi usahawan itu sendiri.

 

GANDINGAN kerjasama dari Yayasan KRU diwakili Norman dan PTPTN.
GANDINGAN kerjasama dari Yayasan KRU diwakili Norman dan PTPTN.

 

“Yayasan KRU berharap mereka (pelatih) bukan saja mampu bergelar usahawan berjaya tetapi juga, menjadi

‘job creators’ (pencipta pekerjaan) dengan menyediakan peluang kerja bagi belia tempatan yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Dasuki pula berkata pihaknya berharap kerjasama strategik dilaksanakan dengan Yayasan KRU itu dapat membantu golongan belia yang menjadi ‘peminjam PTPTN’ dari keluarga B40 untuk menceburi bidang keusahawanan dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

‘Sebagai agensi yang cakna dan prihatin, kami sentiasa menyantuni serta menyelami isu-isu masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan terutama ketikw pandemik Covid-19 ini.

“Semoga dengan inisiatif ini dapat meningkatkan lagi imej positif PTPTN dalam masyarakat dan sekali gus mampu merapatkan hubungan antara PTPTN dengan golongan belia terutama

‘pinjaman’ kami,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, antaranya Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KRU,

Muhammad Razlan Ismail, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan pegawai-pegawai PTPTN.

Selain itu, Norman juga tidak terkecuali menjemput pihak sektor awam, swasta dan orang ramai untuk bersama-sama Yayasan KRU menjayakan inisiatif program ‘Kita Jaga Kita’

yang diwujudkan.

Sehubungan itu, maklumat lanjut berkaitan pendaftaran sebagai sukarelawan, rakan strategik dan permohonan menyertai program latihan berkenaan boleh dibuat menerusi laman sesawang, www.yayasankru.org.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat