KUALA LUMPUR – PKR melantik Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Adam Adli Abdul Halim sebagai pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka menggantikan posisi Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Setiausaha Agung PKR Datuk Fuziah Salleh memaklumkan peralihan tugas itu berkuatkuasa bermula 15 Dis 2025.
“Biro Politik PKR telah membuat ketetapan bahawa Adam Adli Abd Halim, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka akan memangku tugas Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi MPN Melaka.
“Adam Adli akan menjadi Pemangku Pengerusi MPN Melaka berkuatkuasa 15 Dis 2025.
“Jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal,” umum Fuziah dalam kenyataan pada Selasa.
Difahamkan tindakan PKR ini susulan Shamsul Iskandar terpalit pendakwaan lima kes rasuah berhubung lesen penerokaan mineral di Sabah.



