PM menghadap Agong dipercayai terkait rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara dipercayai berhubung rombakan Kabinet.

Sultan Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya bertitah, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku pada Selasa.

Memetik Utusan, walaupun tiada pengesahan rasmi dikeluarkan mengenai agenda pertemuan tersebut namun akhbar itu difahamkan sesi menghadap itu dipercayai untuk mempersembahkan senarai nama barisan Kabinet baharu kerajaan.

“Isu rombakan Kabinet dijangka selesai hari ini. Namun tertakluk kepada perkenan Tuanku,” kata sumber itu kepada akhbar berkenaan.

Katanya, jika ia menjadi kenyataan, satu sidang media dijangka akan diadakan di sebelah petang sekiranya Agong memberi perkenan kepada senarai baharu itu.

Sebelum itu Utusan melaporkan sekurang-kurangnya lima perubahan kedudukan jemaah menteri bakal berlaku dalam rombakan kabinet yang dijangka diumumkan dalam minggu ini.

Kemungkinan juga terdapat satu nama akan digugurkan daripada Kabinet dan diberi peranan lain.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat