MariSilicon X masa depan fotografi mudah alih

- Advertisement -

PENCETUS inovasi teknologi kamera pada telefon pintar, OPPO sekali lagi bakal menggegarkan industri dengan memperkenalkan Unit Pemprosesan Neural (NPU) MariSilicon X.

Bakal diumumkan ketika acara OPPO INNO DAY 2021, MariSilicon X mula dihasilkan OPPO pada 2019 dengan mengambil pemahaman pengimejan dan teknologi AI hasil kajian meluas dalam bidang ini seperti algoritma pengurangan hingar AI bagi memberikan OPPO hala tuju yang jelas untuk pembangunan dari awal.

MariSilicon X dihasilkan menggunakan teknologi proses 6nm paling maju yang membolehkan OPPO memuatkan kuasa pengkomputeran mengagumkan.

Ia juga adalah NPU paling cekap yang memberikan kelajuan pemprosesan sehingga 18 TOPS, lebih daripada A15 NPU dalam iPhone 13 Pro.

OPPO menyepadukan subsistem memori Tera bps ke dalam NPU dan jalur lebar DDR tambahan yang mampu memindahkan data sehingga 8.5 GB/s dan meminimumkan kelewatan serta mengurangkan penggunaan kuasa.

NPU MariSilicon X yang sangat berkuasa ini membolehkan video Ultra HDR dirakam dengan renjer dinamik 20bit 120db yang luar biasa dan tahap kontras 1 juta hingga 1 antara bahagian paling terang dan paling gelap.

Image

MariSilicon X membuka potensi penuh deria RGBW untuk memproses isyarat RGB dan W masing-masing sebelum bergabung untuk mencapai nisbah isyarat kepada 7.9 kali lebih tinggi dan tekstur 1.7 kali lebih banyak.

Bakal dimuatkan dalam siri telefon pintar OPPO Find X pada suku pertama 2022, MariSilicon X akan merevolusikan pemprosesan imej untuk mencapai pemprosesan video masa nyata domain RAW pada tahap piksel.

Video malam 4K AI dan pratonton langsung kini boleh dilakukan buat pertama kali pada telefon pintar Android menggunakan data lengkap dalam domain RAW.

Malah, MariSilicon X juga mampu merakam video Ultra HDR yang menyaingi apa yang boleh dilihat oleh mata manusia.

Menyasar untuk menjadi peneraju dalam fotografi telefon pintar, OPPO membawa pendekatan baharu ini untuk memenuhi permintaan pengguna.

Untuk membuat lonjakan sebenar dalam pengimejan telefon pintar, OPPO bermula dengan mengoptimumkan keseluruhan saluran pemprosesan pengimejan dengan menghasilkan MariSilicon X.

Secara tidak langsung, ia menambah kekurangan pemproses imej terkawal OPPO sebelum ini supaya dapat membawa pengguna pengalaman pengimejan yang lebih canggih dan lengkap.

Saksikan OPPO INNO DAY 2021 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MariSilicon X dan pelbagai lagi pengumuman eksklusif OPPO pada 14 dan 15 Disember 2021 yang akan disiarkan secara global dan langsung di laman media sosial rasmi OPPO.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oppo.com/my/newsroom/

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat