DAP fikir Mahathir sudah berubah, Kit Siang nafi saling mempergunakan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Lim Kit Siang menyatakan DAP tidak pernah mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum 2018.

Sebaliknya veteran DAP itu menegaskan, partinya menganggap Dr Mahathir telah berubah dan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang dan kerajaan yang bersih.

“Kami (DAP) tidak pernah menggunakan Mahathir. Kami fikir dia telah berubah dan adalah untuk tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang dan kerajaan yang bersih.”

“Jawapan itu tersilap difahami dalam sesetengah pihak sebagai: “Saya tidak akan mengatakan bahawa kami tidak pernah menggunakan Mahathir. Kami fikir dia telah berubah dan adalah untuk tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang dan kerajaan yang bersih,” jelas Kit Siang.

Justeru, Kit Siang tidak setuju dengan pandangan Dr Mahathir bahawa mereka saling bekerjasama untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Najib.

Menurut bekas Setiausaha Agung DAP itu, parti itu bekerjasama dengan Mahathir kerana merasakan bekas perdana menteri itu telah berubah.

Dalam podcast Keluar Sekejap Isnin lalu, Dr Mahathir mengakui perjuangan beliau untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak berjaya atas ‘bantuan’ daripada DAP.

Jelas beliau, tanpa majoriti daripada DAP maknanya Najib akan terus menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2018.

“Kita tentukan matlamat, kita nak capai sesuatu matlamat.

“Jadi, apabila kita berjuang “the enemy of your enemy is your friend”. Kita nak guna DAP umpamanya nak dapatkan majoriti.

“Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib akan terus jadi Perdana Menteri,” ujar beliau dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Isnin.

Ketika itu Dr Mahathir membuat pertimbangan antara Najib dengan DAP yang mana satu perlu disingkirkan dan lawan?

“Sebab itu saya nak guna DAP, saya sedar DAP juga nak guna saya.

“Sebab DAP juga mempunyai matlamat yang sama nak jatuhkan Najib, kita guna itu,” tegas Dr Mahathir.

Beliau menyatakan, kalau kita tak tahu strategi kita tak boleh berjaya.

“Sekarang ini kita ada masalah dan saya dapati bahawa tidak ada pilihan lain melainkan bekerjasama dengan PAS, saya bekerjasama, matlamat mereka juga sama

“Memang kita nak capai sesuatu kita kena lakukan strategi ini, kalau kita terikat ikatan lama kita tak akan berjaya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat