Annuar tak berniat rebut jawatan Presiden Umno

- Advertisement -

MENGKARAK- Meskipun disingkir daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun, Tan Sri Annuar Musa tidak berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti enam bulan akan datang.

Bekas ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan beliau hanya ingin menjadi ‘orang kecil’ dalam parti meskipun beliau antara pimpinan senior Umno.

Ditanya sama ada Annuar ada menyimpan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno, beliau menyifatkan itu sebagai soalan yang bahaya.

“Ooo..ooo soalan itu bahaya. Saya suka jadi orang kecil dalam kapal yang selamat.

“Soal siapa Presiden Umno nanti, biarlah ahli-ahli tentukan nanti, buat masa ini kita tumpu dulu kepada memenangkan Pilihan Raya,” ujar Annuar ketika ditemui media selepas penyerahan PerantiSiswa di Bera, pada Rabu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu bagaimanapun memberitahu meskipun tidak tercalon tetapi beliau akan terus membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemudi negara.

“Sekarang ini apa yang penting saya terus membantu Perdana Menteri seperti mana yang telah dibuat sebelum ini.

“…. dan yang lain-lain itu kena buat keputusan bila sampai masanya. Saya mendoakan agar Kementerian yang saya pimpin (K-KOM) akan dapat meneruskan program-program yang telah dirancang,” katanya.

Annuar juga mengharapkan ada kerajaan yang berkesinambungan kerana Perdana Menteri mempunyai idea yang banyak untuk kesejahteraan negara dan rakyat.

“Seperti yang dapat kita lihat dalam Bajet 2023 yang telah dibentangkan, saya harap bajet itu diterima oleh rakyat.

“Dan Perdana Menteri kita diharap terus dapat memainkan peranan untuk menstabilkan politik negara dan seterusnya membawa kemajuan dan pembangunan dan rakyat seluruhnya,” ujar beliau.

Tambahnya, rakyat perlu menang selepas PRU15 dan kerajaan mesti memainkan peranan mendengar denyut nadi rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat