Isu THijari: Kenapa Beri Pada Syarikat Bukan Islam, Soal Chegubard

- Advertisement -

CYBERJAYA: Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard hari ini mendakwa, beliau hanya mengajukan pertanyaan sama ada individu yang dinamakan dalam dokumen berkaitan syarikat yang dianugerahkan untuk membangunkan platform THijari adalah Tony Phua atau tidak.

Ini kerana, menurut Chegubard, beliau menerima satu dokumen yang memaparkan Cyber Village Sdn Bhd sebagai syarikat yang menerima kontrak untuk membangunkan sistem milik Tabung Haji (TH) pada 31 Disember 2019 dengan nilai kontrak sebanyak RM4.53 juta.

Katanya, dalam dokumen tersebut menunjukkan, Cyber Village diasaskan oleh tiga individu dan salah seorangnya bernama Phua Kiam Wee.

“Beberapa jam selepas posting saya dibuat di Facebook, saya dimaklumkan oleh kawan wartawan menyatakan, Tony Phua telah mengeluarkan kenyataan akan saman Chegubard dan sesiapa sahaja yang menerbitkan maklumat sama.

“Saya hanya bertanya, adakah ia Tony Phua yang sama ketika itu menjadi setiausaha politik kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng?

“Tindakan ini disifatkan sebagai salah guna mahkamah untuk alih isu sebenar. Adakah salah saya bertanya kerana jelas nama Phua Kiam Wee wujud sebagai pengasas syarikat yang dapat kontrak tersebut,” katanya dalam sidang media yang turut disiarkan secara langsung di Facebooknya hari ini.

Selain itu, Chegubard turut mempersoalkan kenapa TH memberikan kontrak untuk membangunkan platform THijari kepada syarikat bukan Islam.

Katanya, perkara tersebut membolehkan data umat Islam di Malaysia diakses oleh pihak asing Singapura.

“Persoalan utama ialah TH beri kontrak kepada syarikat bukan Islam yang akhirnya data umat Islam Malaysia diakses oleh pihak asing Singapura yang mana syarikat yang memperolehi keuntungan itu diasaskan oleh Phua Kiam Wee,” katanya lagi.

Semalam, peguam Tony Pua mengeluarkan surat tuntutan kepada Chegubard kerana mendakwa bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP itu memiliki firma IT yang mendapat kontrak TH pada 2019, ketika menjadi pembantu menteri kewangan ketika itu.

Tony juga mendakwa, Chegubard memfitnahnya dan cuba menghasut orang ramai, khasnya umat Islam terhadap dirinya, DAP dan Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingin menegaskan saya tidak lagi memiliki satu saham pun dalam syarikat Cyber Village Sdn Bhd sejak 15 tahun lalu. Syarikat tersebut merupakan syarikat yang saya terajui sehingga 2006.

“Terdapat maklumat dan rekod umum saya telah menjual semua milikan saham saya dalam Cyber Village sebelum saya masuk bidang politik pada 2007. Saya tidak lagi ada sebarang kaitan dengan syarikat tersebut,” kata Tony dalam satu kenyataan.

Selain itu, dalam sidang media sama, Chegubard juga mempersoalkan pemberian kontrak kepada syarikat yang tidak ada kepentingan pemegang sahamnya daripada orang Islam.

Katanya, TH sebenarnya mampu untuk mengendalikan projek itu sendiri kerana mempunyai anak syarikat dalam bidang IT iaitu Theta Edge.

PH juga, katanya, pernah mempertikaikan aplikasi MySejahtera yang dibangunkan oleh syarikat asing kerana ia memberi risiko kepada keselamatan data pengguna.

“Visi dan misi TH ialah menjadi tonggak ekonomi orang Islam, namun bagaimana TH beri kontrak pembangunan aplikasi kepada syarikat yang tidak ada kepentingan (pemegang saham) bukan Islam. Pembangun Aplikasi kontrak sensitif (menguntungkan) yang mana pasti akan ada perkhimatan lanjutan dan tambahan.

“TH ada anak syarikat bidang IT Bernama Theta Edge yang mampu kendali projek itu sendiri. Jika ia perlu kemahiran tambahan pasti sahaja Theta Edge mampu menambah kepakaran. Maka wang TH selamat dan anak syarikat TH dikembang bangunkan.

“Pakatan Harapan pernah pertikai MySejahtera kerana dibangunkan oleh syarikat asing yang berikan risiko keselamatan data pengguna. Sehingga PAC Parlimen dipaksa bersidang. Namun mereka sendiri jauh lebih awal telah menyerahkan akses sembilan juta data pendeposit TH iaitu orang Islam kepada syarikat Singapura,” dakwanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat