Caprice nikah senyap-senyap?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi Caprice, 33, dipercayai selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Farra Inalis, 26, apabila berkongsi video mengenakan persalinan sedondon dalam laman Instagram (IG), malam ini.

Menerusi video durasi 37 saat itu, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33 dilihat mengenakan baju Melayu lengkap bersampin rona putih, manakala, si gadis menyarung kurung moden dari rona sama.

Menerusi kapsyen mengiringi hantaran itu, penyanyi rap sensasi itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai majlis perkahwinan mahupun dan identiti wanita yang kelihatan mesra di sisinya.

Sebaliknya, penyanyi lagu Baby Sayang ini berjanji untuk berkongsi cerita sebenar di sebalik hantaran dimuat naik dalam masa terdekat.

“Halal. Maaf kerana saya ‘menghilangkan diri’ lebih 40 hari. Banyak benda yang saya lalui.

“Insya-Allah saya akan berkongsi apa yang berlaku.

“Sila ikuti akaun @signbycap kerana semua entri akan saya muat naik di situ kerana saya disekat daripada menggunakan akaun @capriceofficial,” tulisnya.

 

Farra Inalis berkongsi foto yang menyaksikannya mendakap penyanyi itu berserta kapsyen ‘my hubby’ seakan mengesahkan mereka sudah selamat bergelar suami isteri, malam ini. - Foto IG Farra Inalis
Farra Inalis berkongsi foto yang menyaksikannya mendakap penyanyi itu berserta kapsyen ‘my hubby’ seakan mengesahkan mereka sudah selamat bergelar suami isteri, malam ini. – Foto IG Farra Inalis

 

Tambahnya, penjelasan itu dibuat kerana dihubungi ramai pihak termasuk media yang ingin mendapatkan kepastian apakah benar dirinya berkahwin secara senyap-senyap?

“Maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Insya-Allah, saya akan kongsi nanti dan kembali semula dengan lebih bersemangat,” ujarnya.

Sementara itu meninjau akaun IG wanita yang menggunakan nama @farra_inalis seperti tertulis Caprice dalam video yang dikongsi, wanita yang dipercayai ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu turut memuat naik video dalam majlis yang berlangsung di kediamannya.

Dipercayai ahli perniagaan berdasarkan maklumat ditulis dalam ruangan biografi di IG, wanita itu berkongsi foto yang menyaksikannya mendakap penyanyi itu berserta kapsyen ‘my hubby’ seakan mengesahkan yang mereka sudah selamat bergelar suami isteri.

Usaha mendapatkan Caprice bagaimanapun gagal apabila mesej dihantar tidak dijawab.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat