i-SINAR: KWSP Benarkan Pengeluaran Sehingga RM60,000 Di Akaun 1

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi mengumumkan membenarkan 2 juta ahlinya yang terkesan membuat pengeluaran pendahuluan pertama antara RM4,000 hingga RM10,000 di Akaun 1 masing-masing.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, KWSP setelah meneliti dan menilai keadaan  semasa mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi mereka yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan.

“i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak,

“Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020, amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat,

“Amaun pendahaluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama dikreditkan,” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam akaun 1 tertakluk baki minumum RM100.

“Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1) akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dan amaun pendahaluan inin akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahaluan pertama sehingga RM4,000.

“Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1) akan mempunyai akses 10%. Walaubagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahaluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000,” jelas kenyataan itu.

Walaubagaimanapun kata kenyataan itu, ahli yang memilih kemudahan i-Sinar perlu mengantikan amaun yang telah didahulukan.

“Caruman baharu akan dikreditkan 100%ke dalam akaun 1 sehingga amaun pendahaluan yang diterima digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2,” ujarnya lagi.

Ahli yang yang ingin mengeluarkan pendahaluan Akaun 1 melalui i-Sinar digalakkan untuk mendapatkan nasihat melalui Pegawai Khidmat Nasihat Pesaraan (RAS) KWSP atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat