PKPB Tamat Lebih Awal Jika Kes Turun, Banyak Zon Hijau – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh ditamatkan lebih awal jika penilaian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati berlaku penurunan kes dan semakin banyak lokasi berada di Zon Hijau

Memetik laporan BH, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak menolak kemungkinan itu membabitkan kawasan dikuatkuasakan PKPB di seluruh negara.

“Saya percaya jika tidak ada kes baharu, selain jangkaan kebarangkalian jangkitan juga tidak berlaku, ditambah dengan banyak kawasan kembali kepada Zon Hijau, mungkin ada kebarangkalian PKPB ditamatkan lebih awal.

“Tunggulah penilaian risiko oleh KKM dan jika ada pengumuman baharu bagi kawasan tertentu, ia akan diumumkan,” katanya.

Terdahulu, bermula 9 November lalu, PKPB diperluaskan ke tujuh lagi negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan berkuatkuasa sehingga 6 Disember ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat