PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Ahli Parlimen Gerik

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Gerik, Allahyarham Datuk Hasbullah Osman, yang meninggal dunia hari ini akibat sakit janting.

“Saya mendapat perkhabaran mendukacitakan bahawa Datuk Hasbullah Osman, Ahli Parlimen Gerik, Perak, baru sahaja meninggal dunia.

“Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas pemergian insan tersayang,” katanya, dipetik dari Facebook beliau.

Muhyiddin turut memaklumkan Allahyarham Hasbullah pernah menjadi Setiausaha Politiknya ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Selaku Setiausaha Politik, arwah memainkan peranan besar dalam mencorakkan perjalanan politik saya, jasa yang amat saya hargai hingga ke hari ini.

“Banyak kenangan kami kongsi bersama. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat saya.

“Bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa bakti Allahyarham sepanjang bergelar wakil rakyat dan selaku Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Semoga amalan baik Allahyarham diterima Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin,” katanya.

Dalam PRU-14 lalu, Allahyarham Hasbullah yang mewakili BN mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Gerik dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon PAS dan calon Bersatu dengan majoriti 5,528. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat