20 Anggota, Pegawai Polis Dikenakan Tindakan Disyaki Terlibat Macau Scam – KPN

Kesungguhan Kerajaan Untuk Rakyat

Kedudukan kerajaan yang tidak kukuh bukan sahaja menyebabkan pihak lawan mengambil kesempatan, rakan sekutu juga akan sentiasa menunggu peluang merebut kuasa. Justeru tidak hairanlah...

Hanya Libatkan Isu MB Perak, Sia-Sia Sahajalah Usaha Pemimpin PH – Dr Kamarul

Oleh: Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN Umno bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.7 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 6.7 peratus tahun depan disokong pemulihan eksport barangan dan komoditi yang berterusan. Agensi penarafan antarabangsa dalam...

Lelaki Merajuk, Jalan Kaki 400 Kilometer Selepas Bertengkar Dengan isteri

MILAN – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu. Lelaki berusia 48...

PKPB Disambung atau Tidak, Bakal Diketahui Esok

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau disambung di beberapa negeri Semenanjung akan diumumkan esok (Sabtu). Pengumuman itu bakal dibuat...

KUALA LUMPUR – Pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara yang diambil tindakan berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam.

Kes itu turut menyaksikan rombakan besar-besaran dalam pasukan polis, melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamatan itu ditukarkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika mengesahkan perkara itu hari ini berkata langkah menukarkan anggota dan pegawai terlibat adalah tindakan pertama pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi pegawai PDRM yang akan dikenakan tindakan selepas ini berhubung perkara itu.

“Sudah diambil tindakan. Tindakan pertama ialah menukarkan mereka dari tempat sensitif. Tindakan kedua sekiranya ada bukti-bukti lain kita akan ambil tindakan selanjutnya.

“Tidak silap saya ada 20 (orang). Akan keluar lagi (pertukaran). Tak ada apa yang sensasinya jika perkara seperti ini. Kalau berlaku, kita siasat. Bila ada faktanya, kita ambillah tindakan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melakukan kunjungan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini.

Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan berkata semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan disaring oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuh di Bukit Aman bagi memastikan mereka yang bakal ditempatkan di bahagian ‘panas’, mempunyai integriti yang tinggi.

Kes membabitkan pegawai kanan polis itu dikesan susulan penahanan beberapa selebriti dan usahawan kosmetik oleh SPRM bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mengubah atau ‘mencuci wang haram’ daripada sindiket Macau Scam dan pengendali judi dalam talian. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan