Mesyuarat MT ditangguh Selasa ini kata Ahmad Maslan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan esok ditangguhkan pada 20 Oktober ini dan akan diadakan di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat itu akan diadakan di sebuah lokasi di Pahang pada pukul 3 petang bagi membolehkan dilakukan secara bersemuka dengan ahli-ahlinya.

Katanya, perkara itu mengambil kira agar semua anggota MT dapat menghadiri mesyuarat secara bersemuka berbanding sebelum ini yang dirancang secara dalam talian.

“Jadi kami merasakan ia perlu dibincangkan dengan lebih teliti dengan mesyuarat berlangsung secara semula di sebuah lokasi di Pahang.

“Oleh itu, mesyuarat MT UMNO sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan dan akan diadakan pada Selasa ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Siswa di Pontian hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian itu bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi mesyuarat itu akan diadakan.

Beliau sebelum ini memaklumkan Mesyuarat MT berlangsung esok bagi membincangkan keputusan Biro Politik UMNO berhubung pertimbangan menarik untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat