Yayasan Bank Rakyat sedia RM500,000 bantu pelajar mula pengajian

- Advertisement -

KUCHING- Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan dana sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada 500 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.

Bantuan Awal Pengajian kepada pelajar itu disumbangkan kepada pelajar daripada kalangan  keluarga yang berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk memulakan pengajian di semester yang pertama.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam satu kenyataan berkata, setiap pelajar tersebut akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000 setiap seorang bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru sahaja bermula.

“Melihat kepada usaha itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berbesar hati hadir dan merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat kepada pelajar UiTM Sarawak ini.

“Dalam ucapannya, beliau berharap agar lebih ramai agensi atau badan bukan kerajaan seperti ini akan tampil dan mengikut jejak langkah dengan membantu memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya masyarakat luar bandar selepas menghadiri majlis pelancaran ini,” katanya.

Menurutnya, Bantuan Awal Pengajian bertujuan membantu pelajar daripada keluarga yang kurang bermampuan terutama di kalangan B40 dalam memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di negara ini.

“Penyerahan Bantuan Awal Pengajian seterusnya akan diberikan kepada 1,500 orang pelajar UiTM yang terpilih di Semenanjung Malaysia.

“Bantuan permulaan ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang komited, berkualiti, mapan, bercirikan keusahawanan, serta mampu berdaya saing di semua peringkat yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang serta berharap agar pelajar memanfaatkan setiap peluang yang disediakan,” ujarnya.

Hadir sama pada Majlis Pelancaran Bantuan Awal Pengajian ini adalah Reaktor, UiTM Sarawak, Profesor Dato. Dr. Jamil Hamali, Pengerusi YBR, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Pemangku Pengurus Besar Bank Rakyat, Mohd Fauzi Md Fadzil. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat