Agong titah ahli politik jangan heret negara ke kancah tidak menentu

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli-ahli politik seharusnya tidak mengakhiri perbezaan pendapat dengan permusuhan, sebaliknya menyelesaikan masalah melalui rundingan dan proses perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Demikian titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini, sebagai mengulas situasi terkini politik tanah air.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut mengulangi titah nasihat kepada Ahli-Ahli Parlimen pada Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Parlimen Ke-14, untuk mempamerkan kematangan dalam berpolitik, selain memahami dan tidak mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Seri Paduka baginda menasihati rakyat, khususnya ahli-ahli politik untuk bersama bermuhasabah agar negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu ketika kita semua masih berhadapan pelbagai masalah dan masa depan sukar akibat ancaman wabak COVID-19,” katanya.

Setakat semalam, negara melaporkan 589 lagi kes jangkitan harian baharu dengan tiga kematian direkodkan.

Peningkatan kes dan pertambahan kluster menyebabkan seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Serentak itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta tatacara amalan kebiasaan baharu demi membantu pihak berkuasa memerangi penularan COVID-19.

Pada masa sama, Seri Paduka turut menitahkan semua masjid seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon supaya penularan wabak dapat dibanteras dengan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat