BEIJING- Pembuat peralatan cip terkemuka China, Advanced Micro-Fabrication Equipment (AMEC) memfailkan saman persekutuan terhadap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dengan mencabar penamaannya sebagai ‘Syarikat Tentera China’.
AMEC adalah sebuah syarikat yang memainkan peranan penting dalam usaha China untuk membangunkan industri semikonduktor domestik dan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi asing.
Kilang itu pengeluar cip utama untuk syarikat seperti Semiconductor Manufacturing International Corp yang menjadi antara pelanggannya.
Dalam satu kenyataan, AMEC mendakwa tuduhan itu sebagai ‘tidak betul, salah fakta, tanpa asas undang-undang dan melanggar proses wajar’.
Dilaporkan, AMEC adalah satu daripada kumpulan syarikat yang ditambah ke dalam senarai Syarikat Tentera China oleh Jabatan Pertahanan (DoD) pada Januari.
Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AMEC, Gerald Yin, pihaknya terkejut apabila syarikat itu sekali lagi menyenaraikan AMEC berkaitan dengan ketenteraan.
“Penetapan sedemikian adalah salah dan tidak berasas serta memohon Jabatan Pertahanan AS segera keluarkan syarikat berkenaan daripada senarai itu,” katanya, lapor Reuters.
Bagaimanapun, jabatan itu masih belum menjawab pertanyaan berkaitan perkara itu.
Tuntutan itu yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Washington, memohon perintah mahkamah mengalih AMEC daripada senarai berkenaan.
Syarikat itu berkata, ia tidak pernah terbabit dalam aktiviti ketenteraan dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan.
Penetapan itu tidak menjejaskan operasi perniagaan AMEC secara langsung, namun syarikat itu ia boleh menjejaskan reputasinya dan berfungsi sebagai amaran keras kepada entiti AS mengenai risiko menjalankan perniagaan dengan syarikat itu, menurut penganalisis.