Kesedar sangkal semua tohmahan dilempar konon tak amanah jalankan peranannya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyatakan kekesalan terhadap pelbagai tuduhan dan tohmahan yang tersebar melalui pelbagai media seolah-olah menggambarkan Kesedar adalah sebuah institutisi yang tidak cakna, amanah dalam menjalankan peranannya seperti yang termaktub di dalam akta penubuhan organisasi yang telah tertubuh sejak tahun 1978 lagi.

Pengurus Besar Kesedar, Wan Muhd Rahimi Wan Salleh berkata, antara fitnah yang telah disebarkan ialah Kesedar telah membina ibu pejabatnya di atas tanah yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Kelantan.

“Tuduhannya: Kesedar tidak melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyerahkan tanah ladang kepada peneroka sebagaimana yang telah dijanjikan walaupun telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan tanah penempatan dan ladang Projek Agropolitan Kelantan Selatan.”

“Justeru, Kesedar dengan ini menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan dan tohmahan tersebut yang berniat jahat dan mengganggu keharmonian kumpulan sasar Kesedar khususnya peneroka RKT Kesedar, peneroka RPT, bekas peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan serta warga kerja Kesedar secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Wan Muhd Rahimi sebaliknya menyatakan, Kesedar sebenarnya telah memiliki tanah Ibu Pejabat Kesedar sejak tahun 2019 selepas lebih 25 tahun mengemukakan permohonan kepada kerajaan negeri.

“Kesedar juga telah diberi-milik tanah penempatan Projek Agropolitan (Rantau Manis) sejak 2014 dan telah memproses pecah sempadan kawasan penempatan sejak tiga tahun lalu sebelum diluluskan pecah sempadan pada 12 Ogos 2024 oleh PTG Kelantan dan dijangka memerlukan sehingga 10 bulan lagi sebelum geran individu dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri.

“Manakala bagi ladang-ladang peneroka RKT, Kesedar telah mengemukakan prosesselanjutnya kepada Kerajaan Negeri sebagai pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan untuk penukaran nama kepada peneroka.

“Proses ini dibuat secara berterusan dan dijangka agihan geran ladang akan dimulakan pada penghujung tahun 2025 dengan harapan tiada sebarang kelewatan kelulusan berikutnya daripada Kerajaan Negeri Kelantan,” jelas beliau.

Kesedar seterusnya menyeru agar semua pihak merujuk kepada Kesedar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan agensi ini agar kesan negatif kepada semua kumpulan sasar Kesedar dapat dielakkan,” seru Wan Muhd Rahimi lagi.

“Malah, tuduhan yang dilemparkan kepada Kesedar ini, juga membuatkan warga Kesedar berasa terkilan dan tersentuh – baik yang sedang berkhidmat atau buat yang telah mencurahkan bakti kepada Kesedar selama ini.

“Kesedar akan terus berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai agensi pembangunan utama wilayah Kelantan Selatan dan memastikan nasib seluruh kumpulan sasar dibela dalam mewujudkan kesejahteraan dalam pelbagai aspek kehidupan serta pada yang sama mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang
berkuatkuasa,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat