Anak perempuan Thaksin dipilih PM baharu Thailand

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Paetongtarn Shinawatra dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand.

Anak bekas Perdana Menteri Thaksin itu menjadi Perdana Menteri termuda negara Gajah Putih itu pada umur 38 tahun, lebih muda daripada ibu saudaranya Yingluck.

Pemilihannya dilakukan Parlimen dua hari selepas Mahkamah Persekutuan Thailand melucutkan jawatan perdana menteri Srettha Thavisin kerana melantik bekas banduan rasuah sebagai menteri.

Kedua-dua mereka daripada parti Pheu Thai yang mendapat tempat kedua dalam pilihan raya tahun lalu.

Paetongtarn ialah orang ketiga daripada keluarga Shinawatra yang menjadi perdana menteri dalam tempoh dua dekad.

Tiga lagi, termasuk bapanya dan Yingluck digulingkan oleh tentera.

Paetongtarn, graduan daripada United Kingdom terlibat dalam perniagaan hotel keluarga Shinawatra.

Dia menyertai Pheu Thai pada 2021 dan dipilih sebagai ketua tahun lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat