Johnny Depp kembali ke kerusi pengarah

- Advertisement -

LOS ANGELES: Aktor Hollywood, Johnny Depp kembali ke kerusi pengarah apabila dilaporkan mahu menghasilkan filem Modigliani, berkisar sejarah hidup pelukis dan pengukir legenda Itali, Amedeo Modigliani.

Portal The Hollywood Reporter (THR) melaporkan, andai projek itu menjadi kenyataan, Modigliani mengisi kekosongan profil pengarahan Depp yang menghasilkan filem cereka terakhir, The Brave pada 1997. Karya itu turut menampilkan Marlon Brando sebagai pelakon.

 

Filem terakhir arahan Depp adalah The Brave yang ditayangkan pada 1997. Foto IG Johnny Depp
Filem terakhir arahan Depp adalah The Brave yang ditayangkan pada 1997. Foto IG Johnny Depp

 

THR melaporkan, dalam projek terbaharu filem Modigliani, Depp akan menjadi penerbit bersama dengan Al Pacino dan Barry Navidi.

Mengikut portal itu, filem Modigliani berteraskan pementasan Dennis Mclntyre dan diadatasi ke layar perak oleh Jerzy dam Mary Kromolowski.

Filem itu berkisar detik 48 jam dalam kehidupan Modigliani di Paris, Perancis pada 1916 yang menyaksikan seniman itu memperkukuhkan reputasi sebagai pelukis dan pengukir legenda yang disegani ramai.

THR melaporkan, kerja produksi filem berkenaan akan bermula di Eropah pada musim bunga 2023 dengan senarai pelakon dijangka diumumkan, tidak lama lagi.

Dalam laporan itu, Depp dipetik teruja menghasilkan filem Modigliani yang dianggap mengangkat kisah universal kemanusiaan yang boleh difahami ramai.

“Ini adalah suatu saga dalam kehidupan Modigliani yang membuatkan saya rasa hormat untuk membawanya ke layar perak.

“Ia memaparkan kerja keras pelukis dan pengukir itu yang akhirnya membawa kepada kejayaan,” katanya.

Awal Jun lalu, Depp, 58, menarik perhatian ramai selepas memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, yang menyaksikan pelakon Pirates of the Caribbean itu dibayar ganti rugi AS$15 juta (RM65.7 juta).

Juri memutuskan Depp dibayar AS$10 juta (RM43.8 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif, lapor NBC News.

Juri juga membuat keputusan Heard dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta), dalam perbicaraan penuh kontroversi yang membabitkan pelbagai saksi dan bintang terkenal Hollywood itu. – AGENSI

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat