Khairy Sedia Bincang Pertukaran Kerusi Dengan Tok Mat

- Advertisement -

SLIM RIVER – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedia berbincang dengan UMNO bahagian itu sekiranya ada pertukaran pemimpin dan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, hal dalaman bahagian parti itu biarlah dirunding secara adik-beradik untuk membuat keputusan.

Jelas beliau, tiada keperluan untuk memberi komen di luar berbanding lebih baik berbincang secara dalaman.

“Ini perkara yang boleh kita bincang sebab Datuk Seri Mohamad (Tok Mat) dan saya dari bahagian yang sama. Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau dan saya adalah timbalannya.

“Biarlah kita bincang secara adik-beradik dalam konteks UMNO Rembau dan dalam perbincangan itu bolehlah kita buat keputusan dan tak perlu komen luar dan (baik) bincang dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media hadir makan tengahari bersama Jentera Ziarah Kasih di PDM Felda Besout 2 di Trolak di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau sedia melepaskan kerusi Parlimen Rembau, Khairy mahu berbincang dengan Mohamad terlebih dahulu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mohamad Hasan baru-baru ini ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Sri Kota semalam yang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Rembau pada PRU-15.

Sementara itu, Khairy hadir berkempen untuk membantu calon Barisan Nasional, Mohd Zaidi Aziz pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri yang akan berlangsung pada 29 Ogos ini.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan serta bekas Ketua Pemuda UMNO menjadi Ahli Parlimen Rembau sejak 2008.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat