Wan Ahmad Fayhsal Menang Jawatan Ketua Armada Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal diumumkan sebagai Ketua Armada Malaysia yang baharu manakalan Ceasar Mandela Malakun sebagai Naib Ketua.

Keputusan rasmi itu telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Hamid Albar pada hari ini.

“Seramai 9,496 orang telah membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian tersebut.

“Daripada 173 bahagian Armada yang layak bersidang, 164 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala 9 bahagian gagal bersidang disebab tidak cukup bilangan (korum), kata Syed Hamid Albar.

Wan Ahmad Fayshal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menewaskan pesaing tunggalnya Muzzamil Ismail yang juga turut bertanding bagi jawatan tersebut.

Manakala Ceasar Mandela bagi jawatan Naib Ketua Armada menewaskan empat pencabarnya Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq A Aziz.

Wan Fayhsal dalam kenyataan ringkas di Facebook menyuarakan penghargaannya dan berkata akan melakukan yang terbaik buat sayap pemuda Bersatu itu.

“Terima kasih atas amanah yang begitu besar ini. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik untuk Armada dan anak muda.

Fokus kita ialah penyatuan Armada dan Bersatu sendiri, dan mulakan kerja segera demi rakyat Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat