JLo, Ben Affleck bakal duduk serumah

- Advertisement -

Los Angeles: Cinta penyanyi Jennifer Lopez atau JLo, 51, dan Ben Affleck, 48, semakin hangat apabila pasangan itu kini meninjau kediaman untuk tinggal serumah pula.

JLo dan Affleck dikhabarkan turut meninjau beberapa rumah agam di Billionaires Row, di sini, termasuk sebuah rumah yang bernilai RM273 juta.

Rumah agam di kawasan elit itu dilaporkan memiliki keluasan hampir 3,000 meter persegi. Ia mempunyai lapan bilik tidur dan 12 bilik air.

Sewaktu dilihat membuat tinjauan itu, pasangan itu jelas dilamun cinta dan tidak lekang berkucupan. Mereka semakin serius untuk kembali menjalani hidup bersama.

JLo juga dikhabarkan sudah meninjau beberapa sekolah di sini untuk memindahkan anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Marc Anthony.

Menurut sumber, mereka kini seperti belangkas dan sukar dipisahkan. Setiap masa diluangkan bersama sejak mereka kembali menjalin cinta beberapa bulan lalu.

“Ben dan Jen meluangkan masa bersama setiap malam apabila mereka tidak bekerja. Mereka merancang untuk tinggal serumah dalam masa terdekat ini,” kata sumber itu.

Terdahulu, JLo dan Affleck mengejutkan ramai apabila kembali bersama selepas 17 tahun berpisah. Pasangan itu pernah bertunang pada 2002 tetapi berpisah pada 2004.

Awal tahun ini, JLo memutuskan pertunangan yang terjalin selama dua tahun dengan Alex Rodriguez, manakala Affleck dengan Ana de Armas juga dilaporkan berpisah selepas menjalinkan hubungan hampir setahun.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat