Tunku Azizah Dapat Pengiktirafan Tertinggi WAGGGS

- Advertisement -

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan pingat Perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).

Pengerusinya, Ana Maria Mideros berkata, pengiktirafan itu diberikan kepada individu yang memberi perkhidmatan cemerlang di peringkat nasional dan global kepada WAGGGS.

Menurutnya, sebagai ahli lembaga dunia WAGGGS, pihaknya berterima kasih kepada Tunku Azizah di atas semangat, komitmen selama bertahun-tahun yang diberikannya termasuk pencapaian sebagai Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Cawangan Pahang, Timbalan Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia, duta pendanaan wanita global untuk WAGGGS, ahli lembaga Persatuan OlaveBaden-Powell dan Penaung Diraja Asia Pasifik WAGGS sejak 2015.

“Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan khas atas dedikasi dan sokongan baginda yang tidak kenal lelah kepada WAGGGS.

“Komitmen baginda bekerja bersama remaja dan wanita muda sebagai pemimpin generasi hadapan dan secara global adalah diiktiraf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ana Maria berkata, baginda juga menjadi penyokong aktif dalam memperjuang hak wanita dan gadis dan mempromosikan pendidikan kanak-kanak serta pembasmian kemiskinan.

“Kami juga memberi penghormatan kepada banyak karya baik Tunku Azizah di Malaysia dalam menyokong individu dan peningkatan keupayaan serta pemerkasaan masyarakat melalui penubuhan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF), kelab jahitan di Kuantan yang menyokong ekonomi wanita, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja dan projek Tenun Diraja di Penjara Penor, Kuantan, Pahang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat