Lenovo perkenalkan ThinkStation P620

- Advertisement -

Lenovo memperkenalkan sebuah lagi barisan produk mereka iaitu Lenovo ThinkStation P620 yang menggunakan pemproses terkini keluaran Advanced Micro Devices (AMD) Ryzen Threadripper Pro.

Penggunaan pemproses kelas tinggi berkenaan sesuai dengan tujuan kegunaan untuk desktop ThinkStation P620 termasuk berkeupaan untuk tugasan sintesis video ataupun animasi.

Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan variasi pemproses dengan 64 teras serta 128 Threads yang mempunyai talaan kelajuan 4.0Ghz.

Menyentuh aspek spesifikasi Lenovo ThinkStation P620, desktop berkenaan dibekalkan dengan Ethernet 10GbE bersama sokongan memori lapan slot dan keupayaan storan 1TB termasuk sistem penyimpanan SSD PCIe 4.0 sebanyak 20TB.

Sesuai dengan kegunaan industri, kerangka desktop berkenaan boleh memuatkan dua unit pemproses grafik (GPU) Nvidia Quadro RTX 8000 atau empat unit Nvidia Quadro RTX 4000.

ThinkStation P620 ini akan mula dijual di pasaran-pasaran terpilih bermula bulan September kelak. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer ini, anda boleh ke laman web Lenovo ThinkStation P620.

HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat