Tiga Kes Jangkitan Covid-19 Hari ini, Dua Kes Libatkan Warga Asing – KKM

- Advertisement -

PUTRAYAJA – Terdapat penambahan tiga kes positif COVID-19 direkodkan di negara ini pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,737 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu, satu kes merupakan kes import manakala dua lagi adalah penularan tempatan.

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan bukan warganegara dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Katanya, kes penularan tempatan di kalangan bukan warganegara adalah masing-masing satu kes di Kuala Lumpur membabitkan Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta dan seorang pekerja asing di Sarawak.

Katanya, ujian saringan terhadap 26 orang kena tahan (OKT) di depoh tahanan terbabit sudah dijalankan dengan 25 orang disahkan negatif dan seorang masih menunggu keputusan ujian.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah keseluruhan kes positif, 77 adalah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau turut memaklumkan terdapat penambahan 12 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan pulih di negara ini adalah 8,538 kes atau 97.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Katanya tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan pada Khamis dan jumlah kematian kekal 122 kes (1.39 peratus).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat