Pameran LIMA’21 Dibatalkan, Penyertaan Kurang Kerana Impak Covid-19

- Advertisement -

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’21) yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 20 Mac 2021 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pandemik itu memberikan impak besar bukan sahaja kepada Malaysia tetapi juga seluruh dunia dan wabak ini dilihat masih belum dapat ditangani sepenuhnya.

Menurutnya, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan selaku penganjur utama LIMA’21 juga sedar akan impak global Covid-19 yang bukan sahaja daripada sudut kesihatan malah memberi kesan besar terhadap sosial dan ekonomi dunia.

“Sehubungan itu, kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai lalu memutuskan untuk membatalkan penganjuran LIMA’21 yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 20 Mac 2021.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan justifikasi seperti impak ekonomi akibat penularan wabak Covid-19 di mana memberi kesan besar terhadap jumlah penyertaan pempamer dan pelabur di dalam acara antarabangsa seperti LIMA.

“Ia berkait rapat dengan langkah yang diambil oleh kebanyakan negara untuk menutup sempadan dan menyekat perjalanan ke luar negara bagi mengurangkan risiko penularan wabak itu seterusnya menyukarkan pihak kementerian untuk mencapai sasaran penyertaan yang ditetapkan,” katanya.

Menurutnya, dengan jangkaan jumlah penyertaan akan berkurangan, adalah sukar untuk mencapai pulangan pelaburan berbanding kos yang dikeluarkan oleh kerajaan dan penganjur.

“Keputusan pembatalan ini juga dibuat setelah mengambil kira pandangan dari pihak pemegang taruh dan juga pihak berkaitan yang lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat