Siapa Mengaku Gangster, Akan Ditangkap, Kata KPN

Singapura Nafikan Laporan Lebih 100 Pekerja Malaysia Merempat

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Kerja Singapura (MOM) hari ini menafikan dakwaan yang terdapat lebih daripada 100 rakyat Malaysia yang merupakan pemegang pas kerja di Singapura,...

WHO Puji Janji-Janji Penubuhan Vaksin COVID-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melihat keupayaan firma-firma biotek untuk membekalkan vaksin melawan COVID-19 sebagai sesuatu yang “luar biasa” dan mampu mengubah nasib pandemik,...

Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan...

Bubar DUN Sabah: Ketua Menteri, 32 Individu Fail Notis Penarikan Permohonan Merayu

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan 32 individu lain menarik balik permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar...

Saring Pekerja Asing: Perkeso Saran Klinik, Hospital Kenakan Caj Perkhidmatan Minimum

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang berhasrat membuat ujian saringan...

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan “Sesiapa yang mengaku dirinya ‘gengster’, semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)”.

Katanya, beliau dan pasukannya kini dalam misi untuk membersihkan budaya gengsterisme di negara ini, dan memperbetulkan minda masyarakat, supaya elemen-elemen gengsterisme dapat dibendung di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

“Sekarang ini, ada pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sudah pandai asosiasikan diri dengan kumpulan gengster antaranya ‘Ayahanda’, sampai boleh ugut orang minta duit. Gengsterisme ini saya hendak ‘sapu’ semuanya,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak akan memberi ruang dan akan memerangi isu gengsterisme ini secara habis-habisan.

Tegasnya, beliau tidak akan bertoleransi terhadap gengsterisme di negara ini, dan akan menahan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jika terlibat dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid telah mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, untuk melaksanakan operasi secara menyeluruh membanteras lumba haram di negara ini.

“Selain itu, saya bercadang untuk mewujudkan satu fail kes bagi menahan penganjur perlumbaan haram, di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Penganjuran perlumbaan haram ini menggalakkan lagi berlaku kes jenayah seperti kecurian motosikal, maka polis akan menggunakan POCA ini untuk menahan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hamid turut mengingatkan anggota polis di bahagian logistik, supaya memastikan tiada penyelewengan berlaku dalam segala jenis projek.

“Saya memang menolak sebarang jenis bayaran daripada dan dari mana-mana pihak kontraktor, yang hendak memberikan projek kepada polis.

“Saya secara holistik tidak beri peluang, kerana saya sebagai IGP (Ketua Polis Negara) tidak menginginkan apa-apa pun, satu sen pun saya tolak apatah lagi belanja makan daripada pihak kontraktor,” tegasnya.

“Jika adik beradik saya sendiri hendak melobi projek, jauh sekali, saya tidak akan bagi mereka campur dalam PDRM,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan