Anwar Padam Gambar Gelak Tawa Bersama Speaker

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengendali laman Facebook Anwar Ibrahim memadamkan gambar Ketua Pembangkang itu bersama Speaker Dewan Rakyat yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun.

Tindakan tersebut dilakukan ekoran kritikan dan sindirian yang dilemparkan para pengguna media sosial yang menyifatkan Anwar sebagai ahli politik yang hipokrit.

Hasil carian yang dilakukan, pengendali laman itu dikesan memadamkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bergelak tawa dengan Azhar ketika kunjungan hormat ke pejabat Speaker Dewan Rakyat itu.

Isnin lalu, ahli parlimen Port Dickson itu mengkritik hebat pemilihan Azhar sebagai Speaker yang disifatkan melanggar prinsip demokrasi.

Terdahulu Anwar memuatnaik beberapa keping gambar bersama Azhar di laman Facebook.

“Menerima undangan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen. Turut serta Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

“Perbincangan kami terkait agenda reformasi Parlimen yang perlu menjadi keutamaan. Legasi Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebelum ini juga perlu penerusan dan kesinambungan,” memetik kenyataan tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat