Lebih Ramai ADUN Kerajaan Sabah Dijangka Keluar Parti – ADUN Sugut

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Lebih ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan Sabah dijangka keluar parti masing-masing dalam tempoh terdekat, kata ADUN Sugut Datuk James Ratib.

ADUN blok kerajaan Sabah terdiri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), DAP dan PKR.

James, yang mengumumkan keluar UPKO bersama seorang lagi rakan seperjuangannya iaitu ADUN Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata, lebih ramai ADUN blok kerajaan negeri akan menyusul meninggalkan parti mereka dalam satu dua hari lagi.

“Saya yakin dan percaya lebih ramai yang akan keluar (parti). Kami daripada UPKO yang memulakan gendang dipalu,” katanya dalam sidang media ketika mengumumkan keluar UPKO yang diadakan di kediaman Limus di Jalan Pintas, Penampang, dekat sini, semalam.

Dalam pada itu, James berkata mereka turut bersedia untuk menerima semula kepimpinan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bagi menerajui pentadbiran kerajaan negeri sekiranya Musa mendapat sokongan daripada kalangan ADUN.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata politik di negeri ini adalah dinamik, dan beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada ADUN mahupun ahli Parlimen daripada blok kerajaan negeri yang akan keluar parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat