Mencuri Kerajaan Dalam Masa Dua Hari – Ab Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, Ab Jalil Backer melalui hantaran di akaun Facebooknya sebentar tadi, mengimbas kembali peristiwa bagaimana kerajaan BN Sabah yang dibentuk selepas PRU14, tumbang selepas 2 hari bila 6 wakil rakyatnya melompat masuk parti Warisan.

Jelas beliau, “Pada 10 Mei 2018, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri berikutan kemenangan BN Sabah dalam PRU-14”.

“BN yang memperoleh 29 kerusi Dun hanya kurang satu kerusi untuk membolehkannya mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri. BN telah mendapat sokongan dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) yang memiliki dua kerusi dan memperoleh majoriti mudah”, jelasnya lagi.

Tambah beliau lagi, “Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula memenangi 21 kerusi, DAP (6) dan PKR (2)”.

“Bagaimanapun dua hari selepasnya enam ADUN BN menyertai WARISAN dan menandatangani deklarasi menyokong Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri”, dedah beliau

Ab Jalil menggesa satu siasatan dilakukan mengapa keenam-enam ADUN ini melompat.

“Mustahil kerajaan yang baharu dibentuk sehari jatuh kerana isu rakyat atau pentadbiran”, katanya di akhir hantaran berkenaan.

Berkisar pada status ini, Musa pada bulan November tahun lepas, telah memfailkan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan, setelah Mahkamah Rayuan menolak saman beliau berhubung perlantikan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat