ADUN Sugut, Kuala Penyu Tinggalkan UPKO

- Advertisement -

PENAMPANG – Selepas menafikan khabar angin akan meninggalkan UPKO pada minggu lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu,  Datuk Limus Jury hari ini bagaimanapun meninggalkan parti itu.

Dalam sidang media hari ini, ADUN Sugut, Datuk James Ratib turut mengambil langkah sama.

Tindakan kedua-dua wakil rakyat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu keluar parti adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Limus Jury menegaskan beliau masih merupakan seorang Adun kerajaan dari UPKO ketika ditanya pemberita berkenaan khabar angin mahu meniggalkan parti itu.

“Saya tidak tahu dari mana khabar angin ini datang. Ia tidak terlintas dalam fikiran saya … Tak perlulah bercakap mengenai perkara ini,” katanya menjawab soalan media pada 4 hari lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat